Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Abdul Hadi Jalani Prosedur Rawatan Esok

Hannah
rawatan Abdul Hadi
Gambar: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri/FB

Abdul Hadi Jalani Prosedur Rawatan Esok

KUALA TERENGGANU, 16 Jun (Bernama) — Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang akan menjalani prosedur rawatan esok.

Perkara itu dimaklumkan anaknya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri Dr Muhammad Khalil melalui laman sosial Facebooknya, sambil memohon orang ramai mendoakan kejayaan prosedur rawatan Ahli Parlimen Marang itu.

“Insya-Allah Ayahanda Tuan Guru akan menjalani suatu prosedur rawatan esok. Justeru saya mewakili pihak keluarga memohon agar didoakan kesihatan dan kesembuhan buat Ayahanda Tuan Guru,” katanya dalam hantaran Facebook tersebut.

Ketika dihubungi Bernama, Ahli Dewan Undangan Batu Buruk itu bagaimana pun enggan mendedahkan jenis rawatan, keadaan kesihatan dan lokasi ayahnya menjalani prosedur tersebut.

Pada Januari tahun lepas, Abdul Hadi, 77, pernah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

BACA: Lelaki Kongsi Detik Cemas Tolong Kanak-Kanak Hilang Di Mall

Sumber: BERNAMA