Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tun Dr Mahathir Beri Respon Baik, Kini Dalam Keadaan Stabil

Susulan keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), anak beliau, Datin Paduka Marina Mahathir dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Tun M kini dalam keadaan stabil.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” jelas Marina.

Menurut kenyataan sama, Tun M dirawat di IJN sejak dua hari lepas setelah menjalani prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari lalu.

Gambar: Parti Pejuang Tanahair

Sumber: Parti Pejuang Tanahair