Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
TV Cepat Rosak? Ini Rahsia Supaya Skrin Tahan Lama
Gambar AI
Tiada Kategori

TV Cepat Rosak? Ini Rahsia Supaya Skrin Tahan Lama

suhaila

TV Cepat Rosak? Ini Rahsia Supaya Skrin TV Tahan Lama

Pernah tak anda baru saja beli TV baru tapi belum sempat puas menonton tiba-tiba skrin mula bergaris, malap atau ‘blinking’ tanpa amaran?

Situasi begini memang mematahkan semangat apatah lagi bila TV moden hari ini bukan murah harganya. Reka bentuknya memang cantik kerana ianya nipis, elegan dan penuh fungsi pintar.

Tetapi hakikatnya panel skrin dan komponen dalaman jauh lebih sensitif berbanding TV ‘peti’ zaman dulu yang boleh bertahan bertahun-tahun.

Apa yang ramai tak tahu, punca TV moden cepat rosak sebenarnya banyak berkait rapat dengan cara penggunaan harian. Habuk, haba, cara letak TV dan sambungan plug, semua ini mungkin nampak remeh tapi kalau diabaikan lebih cepatlah skrinnya rosak.

Berita baiknya anda masih boleh panjangkan umur skrin TV kesayangan anda hanya dengan beberapa langkah mudah.

Kali ini, kami akan kongsikan rahsia penjagaan TV supaya skrin TV tahan lebih lama yang selama ini ramai ambil ringan.

Tetapi ianya berkesan untuk memanjangkan hayat skrin supaya sentiasa terang, jelas dan tahan lama. Mari lihat satu per satu.

1. Sediakan ruang pengudaraan yang cukup

Salah satu sebab utama skrin TV moden cepat rosak ialah reka bentuknya yang terlalu padat dan nipis. Memang cantik dipandang tetapi ruang untuk haba keluar sangat terhad.

Apabila haba panas terperangkap di dalam, ianya akan menekan komponen sensitif seperti papan litar dan backlight. Lama-kelamaan kerosakan kecil boleh berlaku tanpa disedari.

Jadi pastikan anda tidak meletakkan TV terlalu rapat ke dinding. Sediakan sekurang-kurangnya 5 hingga 10 cm ruang kosong di bahagian belakang atau sisi untuk aliran udara lancar.

Jika anda menggunakan bracket dinding, pilih bracket berkualiti yang membenarkan jarak lega dan mudah dilaras. Ruang pengudaraan yang baik akan membantu mengurangkan suhu dalaman TV dan memanjangkan hayat panel skrin.

Ini 6 Rahsia Supaya Skrin TV Tahan Lebih Lama

2. Guna pelindung voltan atau surge protector

Ramai yang tidak sedar betapa pentingnya perlindungan voltan untuk TV moden. Litar elektronik dalam TV skrin rata sangat sensitif terhadap lonjakan elektrik mendadak atau gangguan arus yang tidak stabil.

Kadangkala masalah kecil seperti kilat atau peralatan elektrik lain di rumah boleh menyebabkan voltan naik turun tanpa disedari.

Dengan memasang voltage stabilizer atau surge protector, anda sebenarnya menambah perisai keselamatan kepada TV.

Ia bertindak menstabilkan arus elektrik dan mengelakkan kejutan voltan daripada merosakkan papan litar atau panel skrin.

Kosnya tidaklah mahal tetapi manfaatnya sangat besar. Bayangkan hanya dengan alat kecil ini anda boleh mengelakkan kerugian ratusan hingga ribuan ringgit untuk membaiki atau mengganti TV baru.

3. Elak TV hidup tanpa rehat

Selain itu, tabiat membiarkan TV terpasang sepanjang masa tanpa rehat juga adalah musuh utama jangka hayat skrin.

Ramai suka membiarkan YouTube, Spotify atau rancangan streaming bermain sebagai bunyi latar walaupun tiada siapa benar-benar menonton. Ada juga yang terbiasa tertidur dengan TV masih hidup sehingga pagi.

Perlu diingat semakin lama panel skrin dan backlight bekerja tanpa henti semakin cepat ia haus dan kurang berfungsi dengan baik.

Backlight yang haus biasanya menyebabkan skrin menjadi malap atau timbul tompokan gelap di beberapa bahagian. Oleh itu, biasakan diri untuk mematikan TV sepenuhnya jika tidak digunakan.

Gunakan fungsi pemasa automatik (sleep timer) supaya TV tertutup sendiri bila anda terlelap. Langkah kecil ini dapat menjimatkan elektrik dan menjaga komponen dalaman daripada cepat panas.

BACA : 7 Tabiat Kecil Yang Buat Rumah Nampak Sentiasa Kemas

4. Bersihkan debu secara berkala

Debu juga merupakan musuh senyap bagi peralatan elektronik. TV skrin rata biasanya dilengkapi lubang pengudaraan kecil untuk membantu peredaran udara dalaman.

Namun lubang ini sangat mudah tersumbat oleh habuk halus terutamanya jika anda tinggal di kawasan berdebu atau mempunyai haiwan peliharaan di rumah.

Apabila lubang udara tersumbat, haba dari papan litar tidak dapat keluar dengan baik lalu memaksa komponen bekerja lebih keras.

Ini boleh mempercepatkan kerosakan dalaman yang akhirnya memberi kesan kepada skrin. Jadi jadikan rutin untuk membersihkan skrin dan bahagian belakang TV sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Gunakan kain microfiber kering yang lembut supaya tidak mencalarkan panel. Elakkan menggunakan cecair secara berlebihan kerana titisan yang meresap ke dalam celah-celah skrin boleh menimbulkan masalah baru.

5. Tetapkan kecerahan pada paras sederhana

Ramai pemilik TV gemar menetapkan tahap kecerahan skrin setinggi mungkin untuk mendapatkan gambar yang terang dan tajam.

Namun ini sebenarnya memberi beban kepada sistem pencahayaan dalaman TV seperti LED atau OLED backlight. Jika amalan ini diteruskan sepanjang masa, cahaya latar akan cepat haus dan akan menyebabkan skrin mula malap atau tidak sekata.

Cuba laraskan tetapan skrin kepada mod ‘Eco’ atau ‘Standard’ yang lebih mesra tenaga dan mesra mata. Anda masih boleh menikmati visual yang jelas tanpa perlu memaksa lampu backlight bekerja pada tahap maksimum setiap masa.

Untuk bilik yang tidak terlalu terang, kecerahan sederhana sudah memadai. Langkah ini nampak remeh tetapi sangat membantu memanjangkan usia paparan skrin anda.

6. Pilih lokasi yang sesuai

Faktor lokasi pemasangan juga memainkan peranan penting dalam memastikan TV tahan lama. Elakkan meletakkan TV di kawasan yang terdedah terus kepada cahaya matahari kerana suhu panas boleh menjejaskan gam panel skrin dan komponen plastik.

Begitu juga kawasan lembap seperti berhampiran tingkap terbuka atau dapur yang sering berwap boleh menyebabkan kelembapan meresap ke dalam papan litar.

Pilihlah tempat yang kering, redup dan mempunyai peredaran udara baik. Jika TV berada dekat dengan tingkap, gunakan langsir tebal untuk menapis cahaya panas pada waktu siang.

Bagi anda yang tinggal di kawasan berhampiran laut, sentiasa pastikan ruang TV bebas daripada kelembapan berlebihan yang boleh mempercepatkan kakisan litar dalaman.

Sebagai kesimpulan, menjaga skrin TV moden memerlukan sedikit disiplin tetapi ia bukanlah sesuatu yang rumit.

Cukup dengan langkah-langkah ringkas seperti memberikan ruang pengudaraan yang cukup, menggunakan pelindung voltan, membersih secara berkala dan bijak menguruskan tempoh penggunaan, anda sebenarnya sudah menyelamatkan poket daripada kos pembaikan yang tinggi.

TV merupakan pelaburan jangka panjang yang menambah kualiti masa rehat bersama keluarga. Jadi, berilah perhatian kepada penjagaannya supaya setiap rancangan kegemaran dapat ditonton dengan tenang dan skrin TV tahan lebih lama.

Sumber : croma, youtube

BACA : 6 Punca Pakaian Masih Lembap Walaupun Dah Spin Mesin Basuh