Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Ini Punca Pakaian Masih Lembap Walaupun Dah Spin
Gambar AI
Tiada Kategori

6 Punca Pakaian Masih Lembap Walaupun Dah Spin Mesin Basuh

suhaila

Ini Punca Pakaian Masih Lembap Walaupun Dah Spin

Bayangkan, penat mencuci dan menunggu mesin basuh siap berputar, tetapi bila buka penutup pakaian masih lembap, menitis air dan langsung tak boleh terus dijemur.

Situasi ini memang biasa terjadi lebih-lebih lagi kalau mesin basuh dah digunakan bertahun-tahun tanpa diservis dengan betul. Kadang-kadang, walaupun dah set spin paling maksimum baju tetap terasa berat dan masih menitik air.

Perkara ini boleh menimbulkan rasa kecewa, membazir masa dan tenaga kerana terpaksa menjemur baju lebih lama atau terpaksa ulang proses spin sekali lagi.

Tapi jangan risau, masalah ini sebenarnya boleh diatasi jika kita tahu punca sebenar kenapa mesin basuh gagal keringkan baju dengan sempurna dan bagaimana cara nak elakkan ia berulang supaya kerja membasuh jadi lebih mudah dan lancar.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan punca-punca utama kenapa pakaian masih lembap walaupun dah siap spin serta beberapa tip mudah untuk atasi masalah ini.

1. Kapasiti mesin basuh terlebih muatan

Salah satu sebab yang paling kerap berlaku adalah kapasiti mesin basuh yang terlebih muatan. Ramai orang suka sumbat baju banyak-banyak sekali jalan kononnya nak jimat masa, tenaga dan bil elektrik.

Namun, tindakan ini sebenarnya menjejaskan keupayaan drum untuk berputar dengan betul semasa kitaran spin.

Hakikatnya, bila drum terlalu padat pakaian akan berkumpul dan air tak dapat diperah keluar sepenuhnya. Hasilnya, baju keluar dari mesin masih basah dan mengambil masa yang lama untuk kering di jemuran.

2. Penapis atau filter yang kotor

Selain itu, penapis atau filter mesin basuh yang kotor juga sering menjadi punca tersembunyi yang ramai abaikan. Penapis ini berfungsi untuk menapis habuk, benang, sisa kain atau kotoran halus yang tertanggal semasa cucian.

Kalau penapis dah penuh atau tersumbat, air basuhan tidak dapat mengalir keluar dengan lancar sekaligus menjejaskan proses spin.

Sebab itu penting untuk kita biasakan membersihkan filter sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya mesin sentiasa berfungsi pada tahap optimum dan pakaian bersih serta kering sepenuhnya.

3. Hos saliran tersumbat

Masalah lain yang ramai tak sedar adalah hos saliran yang tersumbat atau terlipat. Hos ini berfungsi menyalurkan air kotor keluar dari mesin.

Jadi, jika ia tersumbat dengan sisa kain, rambut atau bendasing lain, air tak dapat mengalir keluar sepenuhnya. Kadang-kadang hos juga terlipat atau terhimpit di belakang mesin tanpa kita sedar yang akan menyebabkan aliran air tersekat.

Hasilnya drum akan bertakung dengan air dan cucian pun tak kering walaupun spin dah selesai. Solusinya mudah sahaja, biasakan periksa hos saliran secara berkala, pastikan hos terpasang lurus dan bersih daripada sebarang halangan yang boleh mengganggu aliran air.

4. Fungsi spin yang bermasalah

Kadangkala masalah fungsi spin yang bermasalah juga boleh berlaku tanpa kita sedari. Biasanya, ia berpunca daripada motor spin yang lemah, rosak atau tali sawat yang longgar dan hampir putus.

Kerosakan ini menyebabkan drum tidak dapat berpusing dengan kelajuan maksimum yang diperlukan untuk memerah air keluar dari pakaian.

Akibatnya walaupun kitaran spin berjalan, baju tetap basah kerana air masih terperangkap di celah fabrik. Kalau anda dengar bunyi pelik, berdecit atau drum seakan malas berpusing, itu tanda awal bahawa mesin perlukan pemeriksaan teknisyen sebelum kerosakan jadi lebih serius.

5. Beban yang tidak seimbang

Selain kerosakan mekanikal, ketidakseimbangan beban pun boleh jadi penyebab pakaian masih basah. Jika pakaian terlalu berat sebelah atau berkumpul di satu bahagian drum, mesin akan gagal berputar dengan lancar dan stabil.

Sesetengah mesin basuh moden dilengkapi sensor keselamatan yang akan menghentikan spin secara automatik bila mengesan beban tak seimbang untuk mengelakkan kerosakan drum.

Jadi, kalau baju masih basah cuba buka penutup, keluarkan baju, susun semula dengan lebih sekata dan jalankan spin sekali lagi. Kebiasaan ini nampak remeh tetapi sangat membantu mengoptimumkan keupayaan mesin basuh.

BACA : 6 Negara “Visa-Free” Tapi Ada Borang Wajib Untuk Orang Malaysia

6. Tersilap setting

Tak kurang juga yang tersilap setting atau tetapan program basuh tanpa sedar. Kadang-kadang kita terburu-buru dan memilih mod cucian yang lembut atau program ‘rinse only’ yang tidak disertakan kitaran spin yang maksimum.

Ada juga sesetengah program cucian cepat yang memang direka dengan putaran spin yang rendah supaya kain tak rosak.

Disebabkan itu pakaian keluar masih basah dan perlu diperah dengan tangan pula. Sebab itu, pastikan anda sentiasa semak mod cucian sebelum tekan mula.

Pilih program dengan putaran spin yang tinggi terutamanya kalau membasuh tuala, seluar jeans atau fabrik tebal.

7. Masalah pam air

Akhir sekali, masalah pam air juga boleh menjejaskan keupayaan mesin untuk keringkan pakaian. Pam air yang rosak, lemah atau tersumbat akan membuatkan air bertakung di dalam drum walaupun spin sudah selesai.

Tanda paling jelas ialah jika anda perasan masih ada air bertakung di dasar drum selepas kitaran selesai.

Kalau ini berlaku besar kemungkinan pam air sudah haus atau motor pam perlu diganti. Jangan biarkan masalah ini berlarutan kerana ia boleh menyebabkan kebocoran air atau kerosakan komponen lain.

Sebagai langkah tambahan, jika pakaian masih lembap walaupun dah spin cuba jalankan semula mod spin tambahan selama beberapa minit untuk perah baki air.

Elakkan juga membasuh pakaian yang terlalu tebal atau berat seperti comforter, langsir atau selimut bersama pakaian harian kerana beban berlebihan boleh menggagalkan putaran drum.

Jika perlu asingkan cucian mengikut berat kain supaya setiap beban seimbang dan mesin dapat berfungsi dengan baik.

Kesimpulannya, mesin basuh yang gagal keringkan pakaian sepenuhnya boleh jadi petanda kecil kepada masalah mekanikal yang lebih besar jika dibiarkan terlalu lama.

Masalah ini juga boleh meningkatkan bil elektrik kerana anda terpaksa menjemur lebih lama atau menggunakan pengering tambahan.

Jika dah cuba pelbagai cara tetapi masalah masih berulang, jangan teragak-agak untuk dapatkan khidmat juruteknik yang bertauliah.

Penjagaan mesin basuh yang betul bukan sahaja menjimatkan bil elektrik malah dapat memanjangkan jangka hayat mesin kesayangan kita di rumah.

Sumber : whirpool ,rjkool

BACA : Bantuan eWallet RM2,100 Untuk B40 & M40