Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Umat Islam Di Indonesia Sambut Aidiladha Pada 6 Jun – Kementerian Agama

Hannah
Sumber: BERNAMA

Umat Islam Di Indonesia Sambut Aidiladha Pada 6 Jun – Kementerian Agama

JAKARTA, 27 Mei (Bernama) — Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini, menurut Menteri Agama Nasaruddin Umar.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas selesai mengadakan persidangan isbat untuk menentukan 1 Zulhijah 1446H dan Hari Raya Aidiladha di kementeriannya pada Selasa malam.

“Berdasarkan laporan yang diterima, disepakati bahawa tarikh 1 Zulhijah jatuh pada Rabu, 28 Mei 2025 dan 10 Zulhijah atau Aidiladha pada Jumaat, 6 Jun 2025,” katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan pengumuman itu, Indonesia bakal merayakan Aidiladha sehari lebih awal dari negara jiran Malaysia dan Singapura.

BACA: Timor-Leste Dijangka Menjadi Anggota Penuh ASEAN Menjelang Oktober – Anwar

Sumber: BERNAMA