Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

UMNO Bimbang AI, Akaun Palsu Manipulasi Persepsi Politik Di Ruang Digital

UMNO
Kredit: Facebook Azalina Othman Said

Penerangan UMNO memandang serius penggunaan kecerdasan buatan (AI) serta akaun palsu yang berpotensi memanipulasi persepsi dan perbincangan politik dalam ruang digital.

Ketuanya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, teknologi tidak seharusnya disalahgunakan untuk mewujudkan gambaran seolah-olah sesuatu pandangan mendapat sokongan majoriti, sedangkan ia digerakkan secara tidak organik.

Menurut beliau, hak rakyat untuk mengkritik mana-mana parti atau pemimpin tetap perlu dihormati selagi kritikan berkenaan berasaskan fakta.

“Sebarang siasatan dan tindakan penguatkuasaan juga mestilah dilaksanakan secara adil, tanpa mengira pihak,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Dalam pada itu, Azalina mengingatkan rakyat supaya lebih berhati-hati terhadap kandungan yang dibaca dan dilihat di media sosial dengan menyemak sumber serta kesahihan fakta sebelum mempercayainya.

Katanya, jumlah komen, perkongsian atau tanda suka tidak seharusnya dijadikan ukuran bagi menentukan kebenaran sesuatu maklumat.

“Ruang digital kita mesti kekal terbuka kepada pandangan berbeza, tetapi bebas daripada manipulasi yang boleh menghakis keyakinan terhadap proses demokrasi,” katanya.

Intipati
  • UMNO bimbang AI dan akaun palsu berpotensi memanipulasi persepsi politik digital.
  • Azalina berkata kritikan terhadap parti atau pemimpin perlu dihormati jika berasaskan fakta.
  • Beliau mengingatkan rakyat menyemak sumber sebelum mempercayai kandungan di media sosial.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan