UMNO-BN Negeri Sembilan Hilang Kepercayaan, Tarik Semula Sokongan Terhadap MB Aminuddin
UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan hari ini telah menarik semula sokongan yang diberikan kepada Menteri Besar, Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias dalam satu sidang media sebentar tadi.
Jalaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya hilang kepercayaan terhadap Aminuddin susulan krisis yang berlaku dan menjadi tumpuan ketika ini.
UMNO-BN Negeri Sembilan tarik semula sokongan terhadap Menteri Besar
Situasi itu menurutnya dilihat bakal menjejaskan kerajaan Negeri Sembilan dan secara tidak langsung memberi kesan yang sangat mendalam terhadap kestabilan kerajaan negeri dan kerhamonian rakyat.
“Sehubungan itu, semua 14 ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan sebulat suara hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan (Aminuddin) dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar.
“Kami juga ingin menegaskan bahawa kami mendokong penuh serta mempertahan institusi adat dan perlembagaan serta Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan mahukan kerajaan yang stabil supaya dapat memainkan peranan sebaik mungkin dalam pentadbiran negeri sekali gus dapat memberikan fokus kepada objektif mensejahterakan rakyat dan ekonomi negeri,” katanya.
Majikan Dinasihat Laksana Waktu Kerja Anjal, Elakkan Ramai Pekerja Dalam Waktu Yang Sama – PM
Cara Nak Beli Tayar Kereta, Elak Kena Tipu
Apa Perlu Buat Jika Sesat Di Tanah Suci? Ketua Rombongan Haji Malaysia Kongsi Langkah Penting
Bolehkah Pakai Selipar Ketika Lakukan Ibadah Saie? Ini Penjelasan Pengarah Operasi Bimbingan Haji
KKM Sasar Warga Emas Ada 20 Batang Gigi Asli Menjelang 2030
Jalaluddin menambah, pemakluman rasmi akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri selepas tamat sidang media berkenaan.
Untuk rekod, DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi. Pada pilihanraya negeri yang lepas, Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi sebanyak 17 kerusi.
PH kemudiannya bergabung dengan BN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dengan majoriti 32 kerusi.
Manakala baki 5 kerusi lagi dimenangi oleh Perikatan Nasional.

