Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

UMNO BN Negeri Sembilan Sambut Baik Kesediaan 5 ADUN PN Untuk Bekerjasama

Sofea
UMNO BN Negeri Sembilan
Kredit: Bernama

UMNO BN Negeri Sembilan Sambut Baik Kesediaan 5 ADUN PN Untuk Bekerjasama

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menyambut baik kesedian lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) untuk bekerjasama demi menjamin kelangsungan pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

Menerusi kenyataan ADUN BN Negeri Sembilan yang dikongsikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias di Facebook, kerjasama terbabit menjadikan UMNO BN mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri.

"Melalui kenyataan sokongan daripada lima ADUN PN, UMNO BN telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri," kata kenyataan itu.

Menerusi kerjasama itu, keutamaan mereka adalah untuk menjamin kepentingan rakyat negeri tersebut.

"Dalam situasi luar biasa ini, kepentingan rakyat Negeri Sembilan mengatasi segala kepentingan kepartian.

"Kami berjiwa besar untuk mengetepikan perbezaan ideologi demi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk dengan segera," katanya.

Selain itu, kenyataan itu juga menyebut bahawa UMNO BN menghargai keprihatinan yang dizahirkan oleh ADUN-ADUN PN berhubung kemelut yang sedang melanda pentadbiran Kerajaan Negeri ketika ini.

Menurutnya lagi, majoriti ADUN mempertahankan adat dan UMNO BN sentiasa bersikap pragmatik dan inklusif.

"Kami percaya bahawa penyatuan suara majotiti ADUN mampu memberikan naratif baharu yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negeri dan mempertahankan adat di negeri ini.