Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Umur 32 Tahun Dah Beli Dua Buah Rumah, Gadis Ini Berjaya Simpan 90% Gajinya Setiap Bulan

Gambar: Oddity | Gambar hiasan: Lawyers of China

Seorang wanita di China sanggup berjimat ‘gila-gila’ dengan menyimpan kira-kira 90 peratus daripada gaji bulanannya selama sembilan tahun untuk beli rumah, lapor Oddity Central.

Menariknya, hasil usaha gigih itu, wanita tersebut, Wang Shenai dari wilayah Nanjing sudah pun berjaya memiliki dua buah rumah sendiri pada usia seawal 32 tahun.

Menerusi sebuah program bual bicara ‘Talking To Strangers’ baru-baru ini, Wang berkongsikan tips cara berjimat yang diamalkan kini dan kisah jatuh bangun sepanjang hidupnya.

Menurut Oddity, dia dan suaminya berjaya membeli dua buah rumah setelah berhempas-pulas menabung sebanyak 90 peratus daripada gaji bulanan secara konsisten sejak sembilan tahun lalu.

Di sebalik kesempitan itu, mereka juga turut membesarkan dua orang anak, selain masih mampu menampung perbelanjaan keluarga dan rumah secara jimat.

Difahamkan, Wang tidak pernah berasa ‘malu’ untuk menggunakan pelbagai barangan rumah jenis terpakai termasuklah perabot-perabot lama, selagi mana ia boleh menjimatkan duit.

Selain itu, Wang hanya membelanjakan sebanyak RM65 sahaja setahun untuk membeli pakaian dalam, manakala pakaian harian lain pula menggunakan pakaian lama (yang tidak digunakan lagi) yang diberikan kawan-kawannya.

Malah jika keluar bersama kawan-kawan, Wang dikatakan sanggup ikat perut tidak akan berbelanja hatta membeli air dan ‘jajan’ sekalipun kerana padanya ia mahal dan membazir.

Ketika berkongsi mengenai tips jimat tersebut, Wang menerima pelbagai kritikan antaranya dia dianggap sebagai orang yang kedekut dan mengalami masalah mental kerana terlalu berjimat.

Bagaimanapun Wang menolak segala tanggapan tersebut, sebaliknya dia berasa caranya itu tidak perlu diikuti oleh orang lain kerana setiap orang mempunyai kaedah sendiri untuk berjimat.

Mengimbas kembali, ketika dahula dia membesar dalam keluarga yang miskin dan ibu ayahnya sentiasa cuba menyimpan duit sebanyak mana yang mampu, dipercayai untuk berjimat-cermat.

Ibunya selalu menyimpan duit di tempat tertentu seperti di dalam peti sejuk. Malah setiap kali dia memberi baki duit yang dibelanjakan, ibunya akan melempar duit syiling (baki) itu ke tanah.

Katanya, ibunya mahu menunjukkan bahawa bukan senang untuk mahu dapatkan duit. Jelas Wang, pengalaman yang pedih sebegitu ‘melekat’ dalam kepalanya sehinggalah dia dewasa.

Wang juga membesar dan tinggal dalam rumah yang kecil dan usang. Maka sebab itulah dia bekerja bersungguh-sungguh dan mula menabung selama sembilan tahun sehingga berjaya memiliki dua rumah sendiri hari ini.

Sumber: Oddity Central