Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bagi mereka yang mencintai alam, bersatu dengan alam adalah hal yang terindah. Dengan kepelbagaian alam dan pasti setiap darinya mempunyai ciri yang sangat istimewa dan keunikannya yang tersendiri. Salah satu hadiah terindah dari alam semula jadi adalah pokok eucalyptus pelangi.
Ia adalah varian dari pokok yang biasa namun mempunyai beberapa ciri yang unik dan sedikit berbeza yang membuat pokok ini istimewa. Sebagai permulaan sebelum meneroka lebih dalam lagi, pokok ini diistilahkan sebagai ‘Eucalyptus Deglupta’. Ia juga turut dikenali sebagai ‘Mindanao Gum’ di sebahagian tempat.

Soalan yang acap kali disuarakan adalah “kenapa ia digelar ‘pelangi’ eucalyptus dan kenapa ia istimewa? Baiklah, kita akan mulakan eksplorasi lebih dalam dengan ciri unik pohon ini terlebih dahulu.
Menurut Planet Voice, varian ini bertumbuh dengan sangat cepat, tempoh untuk ia tumbuh dari tunas hingga menjadi pokok dewasa sangat singkat menurut kajian yang telah dijalankan. Pokok ini pernah dicatatkan tumbuh setinggi tiga kaki hanya dalam masa setahun. Ukuran batangnya agak lebar dan pada kebiasaanya ia berukuran diameter enam kaki.
Mengejutkan, purata ketinggian pokok-pokok ini boleh mencapai hingga 200 kaki.
Eucalyptus Pelangi biasa ditemukan di Filipina dan ia tumbuh subur pada keadaan lembab di hutan hujan tropika. Lebih spesifik, pokok ini biasa ditemuai di hutan Mindano.
Hutan yang terletak di timur dan pulau yang paling selatan Filipina. Namanya dipetik sempena fenomena semula jadi pokok itu sendir. Menurut Planet Voice, pokok ini akan menggugurkan kulitnya pada waktu tertentu.

Menariknya, ketika ia menanggalkan kulitnya, lapisan kayu dalam pokok tersebut akan terdedah. Pada awalnya, kulit kayu ini akan mengeluarkan warna hijau dan berubah warna secara beransur-ansur.
Kulit kayu ini akan mengambil masa yang lama untuk mempamerkan warna yang pelbagai. Maroon, jingga ungu dan biru adalah antara warna dari pokok ini. Warna-warni pokok ini yang memberikan sentuhan istemawa pada alam yang menakjubkan.
Eucalyptus bukan hanya unik kerana warna-warnamya. Mereka juga mempunyai ciri-ciri khusus lain yang membuatkan pokok ini istimewa dari tumbuhan yang lain. Pokok malar hijau ini tidak akan luntur warnanya.
Daunnya juga boleh dijadikan sebagai tujuan perubatan. Minyak yang diekstrak daripada daun pokok ini boleh dijadikan sebagai minyak aromaterapi. Melanjutkan eksplorasi dari artikel Planet Voice, pokok ini juga mengeluarkan bunga yang bewarna putih dan cantik yang bewarna putih namun tidak mempunyai kelopak.

Lebih menarik, Eucalyptus juga merupakan cara terbaik untuk mencegah beberapa penyakit.
Menurut kajian, pokok ini sangat memerlukan air yang sangat banyak dan keperluan air yang adalah baik untuk penduduk tempatan kerana ia mampu menyerap lebihan air dan menghalang hutan dari menjadi lembap berlebihan.
Jadi, penyakit seperti demam malaria dan denggi dapat dikawal kerana nyamuk tidak mempunyai persekitaran yang sesuai untuk ia membiak.
Sumber: Voice Planet