Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Unik Dan Tersendiri, Ini Cara Orang Hawaii Laungkan Azan

Syed Faisal Sayed Muhammad
cara orang hawaii azan
Kredit Twitter Muslim Bants

Unik Dan Tersendiri, Ini Cara Orang Hawaii Laungkan Azan

Setiap negara atau budaya pastinya mempunyai alunan yang tersendiri dalam melaungkan azan untuk mengajak umat Islam mendirikan solat fardu.

Keunikan ini mungkin disebabkan kepelbagaian faktor seperti budaya, bahasa ibunda dan macam-macam lagi yang telah diserap dalam masyarakat Islam di seluruh dunia.

Seperti video yang tular di media sosial ini, berkenaan keunikan azan yang didakwa dipengaruhi oleh budaya masyarakat Hawaii.

Berdasarkan video perkongsian yang dibuat oleh @wehhAR di Twitter miliknya, seorang lelaki dilihat berdiri berseorangan di atas sejadah untuk melaungkan azan dengan caranya yang tersendiri.

Dapat dilihat menerusi perkongsian video itu, penampilan lelaki itu juga dilihat memiliki rambut panjang yang di ikat kemas.

Jika diperhatikan, suasana di sekitarnya seakan-akan kelihatan seperti surau. Dengan para jemaah yang sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat serta sejadah pada setiap saf, mungkin ianya memang betul dirakam di sebuah surau di Hawaii.

Cara orang hawaii azan

Laungan unik azan lelaki itu apabila didengari dan diamati, ia jelas kedengaran nada seperti sebuah laungan tradisional unik dari budaya sesebuah masyarakat di Hawaii seperti yang didakwa.

Namun menerusi perkongsian tersebut tidak dinyatakan dengan jelas di mana lokasi dan siapa lelaki yang melaungkan azan tersebut.

Perkongsian muat naik itu sehingga kini telah tular di media sosial dan ditonton ribuan kali oleh pengguna media sosial tersebut.

Penonton juga tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen mereka berkenaan laungan azan unik dari individu tersebut.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Kadang-kadang terdapat orang yang masih mempunyai pengaruh bahasa ibundanya dalam melaungkan azan. Dia mungkin tidak melakukannya dengan sengaja,” tulis seorang pengguna.

“Saya rasa ini adalah azan yang sangat bagus. Dia membawa dirinya dan budayanya kepada umat kita. Ia merupakan perkara yang baik untuk dilakukan,” tulis seorang lagi pengguna yang memuji lelaki tersebut.

“Ia sangat indah. Tidak ada paksaan bahawa azan mengikut irama arab. Namun perkataan mesti dalam bahasa Arab tetapi iramanya boleh digunakan di dalam mana-mana budaya,” tulis seorang lagi pengguna yang mempertahankan lelaki tersebut yang melaungkan azan mengikut irama budayanya.

Sumber: Asla via Twitter