Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Universiti Islam Madinah Buka Kemasukan Menerusi Platform "Study In Saudi Arabia"

Universiti Islam Madinah
Kredit: SPA

Universiti Islam Madinah Buka Kemasukan Menerusi Platform “Study In Saudi Arabia”

MADINAH, 22 April (Bernama-SPA) -- Universiti Islam Madinah mengumumkan pembukaan permohonan untuk program akademiknya menerusi platform “Study in Saudi Arabia”, mengalu-alukan pelajar dari seluruh dunia, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Permohonan tersedia untuk kedua-dua biasiswa dalaman dan luaran pada peringkat sarjana muda dan pascasiswazah.

Universiti berkenaan memaklumkan permohonan akan diterima dari 19 April hingga 21 Mei melalui platform dalam talian itu, yang menyediakan maklumat terperinci mengenai syarat kemasukan, program yang ada dan prosedur permohonan.

Inisiatif ini mencerminkan usaha universiti dalam menarik pelajar antarabangsa dan meningkatkan pertukaran akademik, menyokong misi pendidikannya dan sejajar dengan objektif Wawasan Saudi 2030 untuk membangunkan pendidikan.