Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kenapa Ada Telur Rebus Yang Sukar Dikupas? Jawapan Wanita Ni Buat Ramai Tak Sangka

Athirah
Telur Rebus
Kredit: @shinclucksmy
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kenapa Ada Telur Rebus Yang Sukar Dikupas? Jawapan Wanita Ni Buat Ramai Tak Sangka

Telur rebus antara makanan sihat yang sering jadi pilihan ramai, terutama bagi mereka yang sedang berdiet.

Cara penyediaannya pun memang mudah, hanya perlu direbus sahaja. Namun, adakalanya telur sukar dikupas sehingga isi melekat pada kulit dan menyebabkan rupanya kurang cantik.

Situasi ini memang biasa berlaku dan boleh menimbulkan rasa geram, lebih-lebih lagi jika mahu dihidangkan atau disimpan untuk dimakan kemudian.

Kenapa ada telur yang sukar untuk dikupas?

Mungkin ada yang risau telur yang sukar dikupas menandakan ia sudah tidak segar. Sebenarnya, keadaan itu boleh menjadi petanda telur tersebut masih sangat segar.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @shinclucksmy di TikTok, seorang peniaga telur ayam menjelaskan bahawa situasi ini berlaku kerana telur yang masih segar mempunyai tahap pH yang lebih rendah, iaitu lebih berasid.

Kandungan asid tersebut menyebabkan putih telur melekat dengan lebih kuat pada membran, iaitu lapisan nipis di bawah kulit telur.

Tambahnya lagi, telur yang tidak lagi terlalu segar akan kehilangan kandungan karbon dioksida (CO₂) yang keluar melalui kira-kira 17,000 liang pori pada permukaan kulit telur.

Keadaan ini menyebabkan peningkatan paras pH, menjadikan telur lebih beralkali, sekali gus memudahkan ia dikupas berbanding telur segar.

“Perubahan kimia ini akan melonggarkan ikatan antara membran dengan putih telur. Itulah sebabnya telur lama lebih mudah dikupas,” katanya.

Ini tip untuk memudahkan telur segar dikupas

Dalam pada itu, @shinclucksmy turut berkongsi tip untuk memudahkan telur segar dikupas, iaitu dengan menggunakan teknik kukus.

Wanita tersebut menjelaskan wap stim dapat menembusi kulit telur dengan lebih cepat berbanding air yang mendidih.

Dalam keadaan ini, protein pada putih telur akan mengecut daripada membran dengan lebih pantas, sekali gus mengurangkan lekatan antara kedua-duanya.

Ini tip yang dikongsikan oleh @shinclucksmy:

  • Didihkan air dalam periuk dan letakkan pengukus.

  • Masukkan telur ke dalam pengukus.

  • Kukus selama kira-kira 12 minit.

  • Rendam telur yang telah dikukus dalam air ais selama 5 minit.

Anda juga boleh melayari laman sesawang www.egghey.com sekiranya ingin menambah pengetahuan mengenai telur.