Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Untung Besar, Tigerair Taiwan Bagi Stafnya Bonus Sehingga 14 Bulan

Syed Faisal Sayed Muhammad
Tigerair Taiwan Bonus
Kredit Tigerair Taiwan Ltd

Untung Besar, Tigerair Taiwan Bagi Stafnya Bonus Sehingga 14 Bulan

Syarikat penerbangan tambang murah, Tigerair Taiwan dilapor bakal memberi bonus yang sangat mewah kepada kira-kira 800 kakitangannya.

Menurut laporan Mothership.sg, setiap kakitangan yang menunjukkan prestasi yang baik bakal menerima bonus keseluruhan yang nilainya bersamaan antara 10.8 hingga 14 bulan.

Berita baik itu diumumkan sendiri oleh pengerusi syarikat penerbangan tersebut, Chen Han-ming dalam satu mesyuarat ahli lembaga pengarah pada 15 Januari lalu.

Menurut Chen, cadangan bonus yang diluluskan itu merangkumi bonus berdasarkan prestasi iaitu antara NT50,000 (RM7,444) hingga NT80,000 (RM11,900).

Selain itu, staf-staf juga akan menerima bonus empat bulan gaji dan bonus standard sebanyak NT20,000 (RM2,977).

Mothership.sg berkata, bonus yang diberikan itu melebihi jumlah bonus yang diberikan syarikat tersebut pada hujung tahun lepas.

Pemberian bonus lumayan itu dipercayai selepas syarikat penerbangan tersebut mencatatkan keuntungan tinggi, NT12.6 bilion (RM1.88 bilion) pada 2023.

Angka berkenaan merupakan peningkatan sebanyak 850 peratus berbanding 2022.

Sementara itu, Chen dalam kenyataannya pada Disember 2023 berkata bonus akhir tahun akan dinilai berdasarkan skor “10 daripada 10”.

Skor berkenaan berdasarkan maklum balas jujur dan kepuasan yang diberikan oleh pelanggan.

Difahamkan, Tigerair Taiwan adalah sebuah syarikat kerjasama antara China Airlines dengan Tigerair pada 2013 dan memulakan operasi pada 2014.

Tigerair merupakan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah Singapura.

Pada Julai 2017, Tigerair Singapura pula bergabung dengan Scoot.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

Pekerja Hanya Diberi Bonus Penuh Jika Berjaya Berlari 50 Km Sebulan

Terdahulu, sebuah syarikat di China dilapor hanya akan memberi bonus kepada pekerjanya yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Memetik Oddity Central, Guangdong Dongpo Paper memilih kaedah itu bagi menggantikan skim pemberian bonus lama yang berpandukan kepada prestasi kerja semata-mata.

Syarikat itu dikatakan mahu mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan pekerjanya dan bonus diberikan berdasarkan kekerapan mereka bersenam.

Sebagai contoh, seorang pekerja yang bersenam atau berjogging selama 50 km dalam tempoh sebulan layak mendapatkan bonus bulanan penuh.

Manakala yang bersenam selama 40km sebulan hanya akan menerima bonus sebanyak 60 peratus.

Bonus sebanyak 30 peratus pula diberikan kepada mereka yang melengkapkan senaman sejauh 30km sebulan.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: Mothership