Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

USA Today Dakwa Bukit Bendera Tersenarai Sebagai Salah Satu Lokasi Perangkap Pelancong 

penang hill perangkap pelancong
Kredit: BERNAMA

USA Today Dakwa Bukit Bendera Tersenarai Sebagai Salah Satu Lokasi Perangkap Pelancong

Akhbar harian Amerika Syarikat, USA Today, telah mendakwa bahawa Bukit Bendera di Pulau Pinang tersenarai dalam 100 tempat perangkap pelancong (tourist trap) dan overrated di dunia.

Menurut analisis tersebut, Bukit Bendera berada di kedudukan kesembilan bagi perangkap pelancong dunia, mengejutkan orang ramai susulan tempat tersebut popular dalam kalangan pengembara global.

Manakala, The Four Corners Monument di Arizona, New Mexico, Colorado dan Utah tersenarai nombor satu dalam perangkap pelancong dunia selepas menerima 139 ulasan buruk daripada 10,839 ulasan yang dianalisis.

Kredit: USA Today

Walaupun hanya menerima sebanyak 21 ulasan berkaitan perangkap pelancong, Bukit Bendera masih lagi berada di kedudukan 10 teratas dalam senarai tersebut.

Kredit: USA Today

Malah, penerbitan itu juga meletakkan Bukit Bendera sebagai tarikan pelancong kedua paling berlebihan (overrated) di Asia dan ke-14 di seluruh dunia, serta ke-64 paling mahal (overpriced) di dunia.

Kredit: USA Today

BACA: “Tak Perlu Naik Jambatan,” Ini 10 Tempat Best ‘Tersembunyi’ Kat Penang Tapi Ramai Belum Tahu

Analisis melalui perkataan perangkap pelancong, berlebihan dan mahal

Difahamkan, senarai itu dibuat untuk dijadikan panduan selain mahu memberi manfaat sepenuhnya kepada pelancong untuk merancang percutian mereka dan mengelakkan kekecewaan berlaku.

Ia juga bertujuan melengkapkan pelancong dengan maklumat yang diperlukan sebelum mereka merancang untuk melawat destinasi pelancongan yang popular.

Pada Julai 2023, USA Today telah menganalisis 23.3 juta ulasan Google tentang 500 tarikan pelancong paling popular di dunia, yang merangkumi 65 negara di enam benua.

Satu soalan mudah telah dinyatakan semasa menganalisis ulasan tersebut.

“Berapa kerapkah ulasan menyebut istilah perangkap pelancong (tourist trap), berlebihan (overrated) dan mahal (expensive)?”

Selain itu, USA Today juga menjelaskan bahawa senarai itu bermula dengan 1,600 tarikan pelancong dan kemudian mengecil kepada 500 tempat.

Perkara itu menjelaskan kenapa Bukit Bendera merupakan salah satu tarikan pelancong di Malaysia yang berada dalam ketiga-ketiga kategori tersebut.

Sumber: USA Today

BACA: TikTok Dinobat Aplikasi Nombor Satu Dunia, Kalahkan Instagram & WhatsApp