Penceramah bebas, Ustaz Harryanto Rizal Rokman dikejarkan ke hospital dan kini berada di Zon Merah.
Perkara itu dimaklumkan oleh Dr Mohd Izhar Ariff di Facebook miliknya pada Jumaat.
Beliau meminta agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat Ustaz Harryanto.

“Assalamualaikum semua. Untuk makluman terkini, Ustaz Harryanto Rizal dikejarkan ke hospital dan kini berada di Zon Merah.
“Segala program ceramah yang terlibat ditangguhkan sementara waktu.
“Sama-sama kita doakan kesihatan Ustaz Harryanto,” kata Dr Izhar.
Baca juga:
Bagaimanapun, setakat ini, tiada maklumat lanjut dikongsikan mengenai keadaan kesihatan beliau.
