Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tujuh UTC Akan Kembali Beroperasi Sehingga 10 Malam Mulai 22 Januari Ini

Perubahan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dari jam 8 pagi sehingga 7 petang sahaja bermula dari 1 Januari 2019 lalu, membuatkan orang ramai membidas keputusan tersebut yang dianggap tidak lagi memudahkan urusan di luar waktu pejabat.

Pengurangan itu juga dijelaskan kerana kehadiran pelanggan hanya 11% selepas pukul 7 malam dan bagi memastikan perbelanjaan kerajaan adalah efisien bagi UTC iaitu menyampaikan perkhidmatan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga.

Walau bagaimanapun, terbaru, Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan mengumumkan 7 buah UTC akan dibuka semula waktu operasinya sehingga 10 malam seperti sebelum ini.