Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

UTC Seluruh Negara Lanjut Waktu Perkhidmatan Berkuatkuasa Mulai 1 Julai 2020

Gambar: Bernama

Kerajaan akan melanjutkan dan menyeragamkan waktu operasi di pusat transformasi bandar (UTC) di seluruh negara berkuatkuasa 1 Julai 2020.

Menurut Perdana Menteri, Yab Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin, keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum keluhan rakyat yang berharap agar perkhidmatan kerajaan dapat beroperasi di luar waktu pejabat.

“Saya mengambil maklum, rata-rata rakyat masih berharap perkhidmatan kerajaan ni dapat beroperasi di luar waktu pejabat, untuk memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan dan menyeragamkan waktu operasi di Pusat Transformasi Bandar atau pun UTC di seluruh negara berkuatkuasa 1 Julai 2020”, ujarnya.

Sumber: Bernama