Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Victory Parade KL City Esok Terpaksa Dibatalkan – Annuar Musa

Gambar: Bernama

Presiden pasukan bola sepak Kuala Lumpur (KL) City FC, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa ‘victory parade’ sempena kejayaan KL City FC menjulang Piala Malaysia yang dirancang esok akan dibatalkan.

Menurut kenyataan yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasminya, acara tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan penyokong KL City FC.

“Dukacita dimaklumkan, Victory Parade KL City esok terpaksa dibatalkan.

“Kita akur supaya aktiviti-aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal tidak sesuai pada ketika ini.

“Keselamatan & kesihatan penyokong KL City & warga kota kita utamakan,” tulisnya.

Sumber: @AnnuarMusa