Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “1st Day Sekolah Buat Hal”, Abang Rakam Aksi Adik Gelabah Tak Boleh Buka Helmet Bikin Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Adik-beradik biasanya ada ragamannya yang tersendiri. Kalau kita perasan, biasanya abang-abang ni lebih suka menyakat adik-adik perempuan mereka, kan?

Memang fitrah lelaki agaknya, suka buat hal dan ‘cari gaduh’. Tapi bukannya dengan orang luar pun. Adik-beradik sendiri je. Satu lagi kalau gaduh adik-beradik ni, tak lama mana pun.

Macam satu video yang dikongsikan pengguna Twitter Faruq Amirul di bawah ini, si abang merakam gelagat adik perempuannya yang bersiap-siap untuk ke sekolah.

Si adik memakai topi keledar di kepalanya. Namun apa yang mencuit hati adalah adiknya itu tak dapat membuka topi keledar tersebut. Terkial-kial tangannya menarik topi itu dari kepala.

Jom tonton video ini.

Sumber: Twitter Faruq Amirul