Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kehilangan insan tersayang merupakan satu perasaan yang pahit tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Selain ibu bapa, pemergiaan anak yang bergelar abang turut dirasai oleh adik beradik yang lain.
Kisah pilu ini dikongsikan oleh pengguna Tiktok, Deebulaneqa yang kehilangan abang tercinta sejak tahun 2017 lalu. Apa yang lebih memilukan, abangnya tidak sempat guna hadiah pemberiannya kerana ketika itu sedang bertarung nyawa dengan penyakit kanser.
Namun, dalam masa sekejap sahaja selepas mendapat tahu tentang penyakit tersebut, ia seperti cepat dan akhirnya pergi tinggalkan keluarga buat selamanya.
Sebagai adik, dia sangat kecewa kerana tidak dapat tunaikan hajat abagnya lebih awal, kerana ketika itu dia membeli alat permainan ini menggunakan duit tabungnya.
Sumber: Deebulaneqa