Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Bandar Arab Saudi Diserang Peluru Berpandu, Dipercayai Cuba Sasar Orang Awam

Kredit: Twitter

Riyadh, 21 Feb – Tentera Arab Saudi menembak jatuh peluru berpandu didakwa dilancarkan kumpulan Houthi di Yaman ke arah negara berkenaan sebentar tadi, lapor Arab News.

Iklan

Misil itu dipintas pada 12.30 pagi waktu tempatan ketika disasarkan ke arah bandar di Arab Saudi, kata jurucakap gabungan Kolonel Turki Al-Malki dalam satu kenyataan oleh Agensi Media Saudi (SPA).

“Misil dilancarkan dengan cara sistematik dan sengaja menyasarkan bandar dan rakyat sekaligus melanggar Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa,” tulisnya dalam kenyataan tersebut.

Ibu negara Yaman, Sanaa telah menjadi lokasi kumpulan militan Houthi memasang dan melancarkan misil yang menyasarkan Arab Saudi.

Sumber: Arab News