Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Baru Berusia 2 Tahun, Sara Dah Boleh Masak Nasi Kerabu Dan Ayam Goreng Berempah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Mendapat ribuan tanda suka dan perkongsian, kanak-kanak perempuan cilik ini mendapat perhatian rata-rata netizen dengan gelagatnya di dapur.

Mengidolakan Khairul Aming dan resepinya sebagai panduan, anak perempuan kepada Shafieq Ashraf Sharif yang baru berusia 2 tahun ini menunjukkan minat memasak sejak di awal usia.

Perkongsian ayahnya mendapat perhatian setelah dia berkongsikan video memasak di satu group memasak di Facebook.

Rata-rata pengguna kagum dengan bakat dan kemahiran yang ditonjolkan melalui video tersebut.

Kecil-kecil lagi dah minat memasak. Besar nanti boleh jadi buka kedai makan sendiri.

Sumber: Shafieq Ashraf Sharif