Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Boleh Cuba Buat, Wanita Kongsi Tips Supaya Sup Jadi Kurang Berminyak

Gambar: TikTok m3gumiii
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Selalu kalau masak menu sup tulang, mesti akan ada lemak beku pada permukaan sup bila sup tu dah sejuk kan? Lemak beku tu la yang dikatakan minyak dalam sup. Namun, tahukah anda bahawa ada cara yang paling mudah dan senang untuk kita lakukan bagi membuang lemak beku tersebut.

Seperti perkongsian yang dikongsikan di akaun TikTok m3gumiii, beliau berkongsikan cara mudah untuk kurangkan sup berminyak. Menerusi video tersebut, dikatakan cara itu merupakan cara yang dikongsikan oleh nenek beliau.

Melihat kepada video tersebut, sup itu perlulah disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk. Kemudian, bahagian minyak yang sudah beku dan keras perlulah dibuang terlebih dahulu. Akhir sekali, sup yang masih cair boleh digunakan untuk dipanaskan dengan bahan masakan seperti daging.

Sumber: TikTok m3gumiii