Perkara pertama sebelum memandu kenderaan, perkara pertama yang kita buat adalah pastikan lesen memandu masih hidup dan boleh digunakan. Tetapi, sejak PKP ini menjadi kekangan kepada orang ramai untuk ‘renew’ lesen semula.
Mesti korang masih belum tahu sebenarnya ada satu platform untuk memudahkan korang perbaharui lesen sepanjang musim pandemik ini. Untuk pengetahuan korang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan portal MySIKAP di mana semua urusan dengan JPJ boleh dilakukan secara atas talian.
Jadi, SK nak kongsikan cara yang ditunjuk daripada salah seorang pengguna TikTok tetnang tips memperbaharui lesen melalui kaedah atas talian sahaja.
Langkah-langkah yang korang perlu adalah seperti di bawah.
Mulakan carian dengan menaip MySIKAP
Daftar masuk (jika pengguna baharu, sila isi maklumat yang diminta)
Pilih memperbaharui lesen dan isi beberapa maklumat
Pilihan cara pembayaran
Dan siap.
Untuk lebih maklumat, tonton video di bawah.
Sumber: Tyrah22
