Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Cemas, Bomba & Orang Ramai Lari Selamatkan Diri, Tanah Masih Bergerak Di Taman Bukit Permai

Pergerakan tanah runtuh masih berlaku di kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang.

Memetik daripada laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, sekurang-kurangnya 3 orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai itu. 2 orang sudahpun berjaya ditemui.

Menerusi satu rakaman video menunjukkan detik cemas para penyelamat dan orang awam berlari menyelamatkan diri semasa berlaku pergerakan tanah runtuh di tempat kejadian.

Terdahulu, seorang daripada mangsa tertimbus melibatkan dua buah rumah di kawasan tersebut telah dibawa keluar dengan selamat sekitar jam 6.54 petang.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.50 petang itu telah memusnahkan sebanyak 15 buah rumah dan 10 kenderaan akibat dihempap tanah runtuh.

BACA: Suami Isteri Ditemui Mati, Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Dalam Bilik Air

Sumber: Utusan