Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Cemas, Pemandu Terperangkap Dalam Kereta Ketika Banjir ‘Mengganas’, Puluhan Kereta Dilihat Hanyut, Tenggelam

Gambar: Twitter

Lantaran hujan lebat pada Selasa, wilayah Henan kini berhadapan banjir besar yang menenggelamkan beberapa bandar di wilayah tersebut, lapor Newsweek.com.

Hujan lebat di wilayah ketiga terbesar di China itu dilaporkan menyebabkan air sungai melimpah sehingga memenuhi jalan raya di puluhan bandar tempatan.

Beberapa rakaman menunjukkan situasi cemas turut tular di media sosial di mana para pemilik kenderaan berusaha menyelamatkan diri daripada banjir tersebut.

Salah satu video memaparkan seorang lelaki terperangkap di dalam kereta sementara gelombang banjir lumpur mula menenggelamkan jalan raya.

Menerusi video lain pula, kelihatan beberapa kereta dihanyutkan arus deras sebelum tenggelam sepenuhnya dalam banjir tersebut.

Malah, fenomena ini juga dilaporkan menenggelamkan kereta api bawah tanah dan memerangkap para penumpang di dalamnya.

Lantaran itu, pihak kerajaan tempatan memberi amaran kemungkinan berlakunya malapetaka berikutan situasi sukar dikawal.

Para penduduk tempatan juga diminta untuk berada di dalam rumah atau lokasi selamat serta sentiasa bersedia dengan maklumat terkini.

Setakat Selasa, seramai 10,000 penduduk di wilayah Henan telah dipindahkan ke pusat perlindungan.

Penduduk tempatan, Wang Guirong, 56 dipetik berkata kejadian itu merupakan pertama kali berlaku sepanjang hidupnya tinggal di wilayah itu.

“Saya tinggal di Zhengzhou sepanjang hidup ini dan tak pernah lihat hujan lebat serta ribut petir seperti hari ini.”

Fenomena itu menyebabkan perkhidmatan pengangkutan buat 94 juta para penduduk Henan tergendala termasuk perkhidmatan kereta api bawah tanah yang turut ditenggelami banjir.

Sumber: Newsweek