Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) ‘Check’ Dulu Sebelum Pakai Helmet, Rasa Geli Kat Telinga Rupanya Ada Lipan Tengah ‘Rehat’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Dalam dunia ni mesti paling kurang pun ada satu jenis serangga yang kita takut. Tambah-tambah pula serangga yang berbisa. Dengar pun dah anti, apatah lagi nampak depan mata.

Bayangkan serangga yang korang takut tu ‘berkampung’ dalam barang yang korang pakai hari-hari macam kasut, topi atau helmet. Kalau tak tengok betul-betul dan main sarung je, memang tak perasan ada ‘penghuni’ kat dalam tu.

Benda yang sama terjadi kepada lelaki yang digelar Wak Sarep ini. Melalui video yang diunggah di TikToknya, @waksarepysokan, lelaki ini bercerita peristiwa serangga berbisa yang tanpa sedar menghuni helmetnya.

Video ini mendapat 213.9 ribu tontonan setakat ini.

Wak Sarep ketika dihubungi berkata, dia telah menunggang motosikal selama kira-kira 40 minit sebelum berhenti memeriksa helmetnya yang rasa sesuatu.

“Masa ride rasa, tapi ingat geli sebab rambut. Berhenti dan check, sekali pandang tak nampak. Rupa-rupanya dia menyorok celah-celah padding helmet. Selak betul-betul baru nampak,” kata Wak Sarep.

Dia juga bersyukur kerana masih dilindungi dan berharap agar para rider di luar sana mengambil langkah berjaga-jaga takut jadi benda yang sama. Jangan lupa periksa dulu helmet korang sebelum pakai.

Sumber: TikTok @waksarepysokan