Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Dah Siap Cantik-cantik Nak Keluar, Gadis & Ibu ‘Pasrah’ Pagar Automatik Tak Boleh Buka Sebab Tiada Elektrik

Nadhirah
Kredit: TikTok Chai Merican
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Rumah-rumah sekarang selalunya dilengkapi dengan pagar elektrik atau kita panggil pagar automatik. Pagar sebegini mudah dan boleh mempercepatkan proses untuk kita keluar rumah kerana dengan hanya tekan butang ‘buka’ pagar dah terbuka luas dan kita boleh undur kereta.

Namun, bagaimana pula jika bekalan elektrik terputus? Adakah kita tak boleh guna pagar tersebut? Kalau macam tu bagaimana kita nak keluar rumah? Begitulah perkongsian pengalaman mencemaskan yang dikongsikan oleh akaun TikTok Chai Merican ini.

Menerusi video tersebut, wanita ini berkongsikan pengalaman beliau semasa bekalan elektrik terputus.

Begitulah kapsyen wanita itu di ruangan komen. Wanita itu bersama-sama ibunya sudah cuba untuk membuka pagar auto tersebut secara manual tetapi terlalu ketat.

Video yang memperoleh jumlah tontonan lebih daripada 300 ribu itu turut mendapat perhatian ramai yang membuat pelbagai reaksi di ruangan komen. Kebanyakan warganet turut berkongsikan pengalaman mereka dan memberi cadangan untuk menggunakan powerbank.

Kredit: TikTok Chai Merican
Kredit: TikTok Chai Merican
Kredit: TikTok Chai Merican

Ada juga warganet yang berseloroh setelah menonton video tersebut.

Kredit: TikTok Chai Merican
Kredit: TikTok Chai Merican

Sumber: TikTok Chai Merican