Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Demi Tanggungjawab, Tindakan Pemuda Ni Belanja Air dekat Abang Polis Tengah ‘Speed Trap’ Raih pujian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Speed trap atau perangkap laju digunakan di banyak negara untuk merakam kelajuan sesebuah kenderaan terutama di kawasan yang mempunyai risiko kemalangan.

Kebiasaannya, kamera speed trap akan diletakkan di sudut-sudut tertentu dan ada juga yang dipegang sendiri oleh pegawai polis. Walaupun terpaksa menempuh hujan dan panas ketika bertugas, mereka sangat kental dan sentiasa bersemangat.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang anggota polis sedang bertugas di sebuah jalan dipercayai di Langkawi.

Mungkin kesian melihat anggota itu bertugas di tengah-tengah panas, @NickFadrieq yang memuatnaik video itu dilihat telah memberikan minuman kepada anggota polis itu.

Sikapnya yang pemurah telah dipuji oleh warganet dan ramai yang mendoakannya agar terus dimurahkan rezeki.

Sehingga kini, video itu telah mendapat sebanyak 741.9 ribu tontonan di TikTok.

Sumber: NickFadzrieq