Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila secara tiba-tiba ditarik seorang lelaki ketika bersama wanita dipercayai ibunya di sebuah restoran didakwa di Afrika Selatan.
Dalam video tular, kelihatan pelaku tiba-tiba muncul dari sebalik penghadang restoran sebelum cuba ‘merampas’ mangsa yang duduk bersama ibunya.
Susulan itu, terjadi pergelutan antara pelaku dengan ibu mangsa serta seorang lelaki yang cuba membantu. Nasib menyebelahi kanak-kanak berkenaan kerana berjaya diselamatkan manakala pelaku telah ditahan orang awam.
Menurut The South African, kejadian dipercayai berlaku pada Khamis, 10 September yang lalu di Florida, Johannesburg.
Memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan, Kapten Kay Makhubela, laporan telah dibuat pada 5 petang hari kejadian.
“Ibu dan anaknya menjerit dan dengan bantuan pemilik kedai serta penduduk setempat, suspek berjaya ditahan,” katanya.
Suspek yang berusia 24 tahun dilaporkan telah dihadapkan ke mahkamah pada pagi 11 September (Jumaat).