Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Satu rakaman yang memaparkan detik cemas di mana Spinning Carousel tertinggi di Eropah telah berhenti berfungsi pada hari Ahad lalu, menyebabkan ramai terkandas pada permainan 260 kaki, memetik laporan Daily Mail.
Permainan itu juga dikatakan baru dibuka beberapa jam sebelum ‘kejadian’ sedemikian berlaku.
Menurut laporan, Spinning Carousel paling besar (The Big One) yang terletak di Blackpool itu tiba-tiba sahaja berhenti bergerak kira-kira lapan minit sebelum mereka diturunkan ke tempat yang selamat.
Menjadi satu tarikan buat pengunjung yang berkunjung ke situ untuk menaiki Spinning Carousel The Big One itu kerana tarikannya yang hanya dibuka pada pagi Ahad untuk orang ramai.
Dikatakan dulu Spinning Carousel tersebut terletak di bandar St John’s Square sebelum ianya dialihkan di Blackpool.
Spinning Carousel itu baru sahaja dibuka dan dialihkan ke situ sebagai salah satu daya tarikan untuk festival musim sejuk (Winter Gardens Wonderland Festival).
Tetapi kini Ketua Bandar bertegas untuk ianya diteliti semula dan dipindahkan kerana Spinning Carousel itu seolah-olah tidak selamat untuk beroperasi di tengah-tengah bandar Blackpool.


Sumber: Daily Mail