Kemalangan adalah suatu perkara yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diutamakan.
Seperti video yang dikongsikan oleh akaun Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS ini, satu kemalangan yang melibatkan seorang penunggang motosikal telah berlaku ketika kenderaan seperti lori kontena dan kereta melalui laluan tersebut.
Kemalangan yang dilaporkan berlaku di lebuh raya PLUS memaparkan seorang penunggang motosikal yang hampir-hampir digilis oleh kenderaan lain selepas terjatuh daripada motosikal yang ditunggangnya.
Rakaman memaparkan penunggang motosikal memasuki lorong di sebelah kanan di mana terdapat juga sebuah kereta di lorong yang sama.
Ketika dilihat kedua-dua buah kenderaan itu begitu hampir, motosikal tersebut terbabas sehingga menyebabkan penunggang tersebut tergolek di atas jalan raya.
Tiada maklumat lanjut berkenaan kecederaan yang dialami penunggang motosikal itu.
Adalah dinasihatkan kepada semua pembaca untuk lebih berhati-hati sekiranya memandu atau menunggang terutamanya di jalan yang sibuk.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS