Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Detik Cemas ‘Rider’ Wanita Dirempuh Di Tengah Bandar, Kerbau Dilapor Ditembak Mati Lepas Cederakan 7 Yang Lain

Seekor kerbau dilaporkan telah merempuh seorang wanita yang sedang menunggang motosikal sebelum mencederakan tujuh yang lain dalam kejadian amuk di sebuah bandar di China.

Memetik laporan Daily Mail, haiwan itu dirakam berkeliaran di bandar Yulin di wilayah Guangxi, China pada 9 November.

Menerusi video yang dirakam dashcam sebuah kereta, wanita yang menunggang motosikal itu dilihat berhenti di sebuah persimpangan sebelum dirempuh oleh kerbau yang tiba-tiba muncul dari belakang.

Mangsa dilihat terpelanting dari motosikalnya dan terjatuh di atas tanah sambil disaksikan pengguna jalan raya yang lain dan polis trafik yang berada di situ.

Kerbau yang mengamuk itu kemudiannya melarikan diri ke jalan raya di hadapannya.

Dalam satu rakaman yang lain, kerbau itu dilihat masuk ke dalam sebuah kedai sehingga menakutkan pelanggan yang berada di dalamnya.

Menurut pihak polis, kerbau itu telah terlepas dari sebuah trak ketika makanan sedang dipunggah di gerai berhampiran.

Difahamkan, polis telah mengepung dan menembak mati haiwan itu.

Jurucakap polis berkata bahawa tujuh orang yang cedera telah dibawa ke hospital dan kecederaan mereka tidak mengancam nyawa.

Pemilik dan pemandu yang mengangkut kerbau itu juga telah dihubungi oleh pihak polis dan siasatan lanjut mengenai insiden itu masih lagi dijalankan.

Sumber: Daily Mail