Sebuah video yang memaparkan khemah peniaga melayang ditiup angin kencang telah menjadi tular di media sosial.
Video tersebut dipercayai berlaku di bazar ramadan Meru, Klang pada petang tadi. Ianya telah dikongsikan di laman sosial dan meraih perhatian warganet.
Tiupan angin kencang yang dipercayai berlaku pada petang tadi telah mengakibatkan khemah tersebut terapung-apung sebelum dikatakan mendarat di bumbung sebuah pasaraya berdekatan.
Video berikutnya yang dikongsi menunjukkan keadaan dipercayai selepas tiupan angin kencang tersebut. Kelihatan beberapa gerai di bazar tersebut mengalami kerosakan akibat daripada tiupan angin berkenaan.
Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 5 ribu kali.