Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Video Duta Jepun Fasih Sembang Guna Bahasa Arab Dengan MB Kelantan Raih Perhatian
Sebuah video yang memaparkan Duta Jepun ke Malaysia fasih bertutur dalam bahasa Arab telah tular di media sosial.
Perkongsian video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @akhimal81 menunjukkan duta Jepun itu sedang mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar Kelantan.
Menerusi perkongsian itu, MB Kelantan Dato’ Panglima Perang Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud sedang menyambut Duta Jepun itu.

Katsuhiko Takahashi dipercayai sedang mengadakan pertemuan dengan Mohd Nassuruddin di Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Pada awal pertemuan itu, kedua-duanya saling berkenalan menggunakan bahasa Inggeris.
Bagaimanapun, Katsuhiko kemudiannya berkata bahawa dia berkesempatan untuk melihat CV Mohd Nassuruddin yang pernah belajar di Mesir.

Sehubungan itu, Katsuhiko telah menggunakan bahasa Arab dalam pertemuan tersebut.
“Saya lihat CV awak dan dapati awak belajar di Mesir,” kata Katsuhiko kepada Mohd Nassuruddin.
Katsuhiko yang diiringi oleh dua orang pegawainya dilihat tersenyum apabila mereka mula berbual di dalam bahasa Arab.
Menurut keterangan video itu, Katsuhiko dikatakan pernah belajar bahasa Arab di Mesir selama dua tahun pada sebelum ini.
Lantas pembelajaran selama dua tahun itu telah menyebabkannya fasih dan boleh bertutur di dalam bahasa Arab.
Jelas dapat dilihat Katsuhiko sungguh fasih dan selesa untuk bertutur di dalam bahasa Arab yang popular di kalangan masyarakat di Timur Tengah.
“Santai Duta Jepun sembang dengan YAB MB dalam Bahasa Arab. Dua tahun belajar Bahasa Arab di Mesir,” tulis video itu lagi.
Perkongsian muat naik itu juga telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tersebut. Mereka juga dilihat meninggalkan komen mereka yang teruja dengan pertemuan tersebut.
BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“PR duta ni bagus. Sebelum jumpa dia study dulu orang yang dia nak jumpa tu. Apa pun terbaik MB dan team,” tulis seorang netizen yang memuji Duta Jepun tersebut.
“Jepun cakap bahasa Arab, memang wow la,” tulis seorang lagi netizen yang teruja.
“Bijak dan terbaik dari perhubungan Jepun dengan Kelantan,” tulis seorang lagi.
Sumber: TikTok/@akhimal81