Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Elak Jadi Mangsa,” Polis Ini Tunjuk Cara Untuk Semak Akaun Bank & Nombor Telefon Yang Digunakan ’Scammer’

Gambar: Polis Diraja Malaysia

Pelbagai kes penipuan dalam talian telah banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Ramai orang yang terpaksa berputih mata apabila sejumlah wang yang besar lesap kepada scammer yang tidak dikenali.

Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa seterusnya, kita seharusnya sentiasa bijak dan berhati-hati dengan segala kemungkinan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan atau pun scam.

Justeru daripada itu, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan atau scammer, pihak Polis Diraja Malaysia menerusi perkongsian yang dipetik menerusi Polis Sabah ada berkongsikan tentang cara untuk semak akaun bank dan nombor telefon yang digunakan oleh sindiket penipuan dalam talian.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Masyarakat dinasihatkan untuk menggunakan portal dan aplikasi ‘Semak Mule’ bagi memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang digunakan oleh sindiket penipuan dalam talian.

Saksian video penerangan yang dihasilkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah tentang tatacara membuat semakan awal menggunakan Portal ‘Semak Mule’, sebelum anda menjadi mangsa penipuan seterusnya!

Masyarakat yang ingin menggunakan aplikasi ini juga boleh memuat turun ‘Semak Mule’ di platform Google Playstore.

Sumber: Polis Diraja Malaysia