Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Gadis Dirakam Hempuk Bata Kat Motor, Dipercayai Kerana Sakit Hati Dengan Kekasih

Tular sebuah video seorang wanita dipercayai melepaskan geram dengan merejam sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan bata di media sosial, lapor

Menurut Suara.com, kejadian tular dikongsikan seorang pengguna Tiktok telah dirakam oleh seorang saksi yang berada di tempat kejadian.

Dalam video berkenaan, wanita berbaju biru itu dilihat mengambil sebuah bata dan menghumban objek itu beberapa kali ke atas motosikal biru yang sudah terbalik.

Bagaimanapun, orang ramai di lokasi kejadian tampak seakan tidak peduli dengan aksi tersebut, tulis Suara.com.

Berdasarkan perkongsian pengguna itu, wanita itu dipercayai mengalami perselisihan dan sakit hati dengan pasangannya, menjurus kepada aksi tersebut.

Video itu telah mendapat ratusan ribu tontonan dari warga maya yang berbagi pendapat masing-masing.

Bukan saya pelakunya, kenapa saya yang dihempuk

Balas dendam terbaik, tunjukkan kita boleh hidup tanpanya

Biar Allah yang membalas

Sumber: Suara.com