Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Gelagat Abang ‘Shush’ Adik Suruh Diam Ketika Solat, Adik ‘Shush’ Abang Dia Balik

Foto: Video Furqunt
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bila dalam keadaan sunyi dan kusyuk melakukan sesuatu pasti akan rasa hilang fokus apabila mendapat gangguan daripada orang sekeliling. Pernah tak korang tergelak semasa menunaikan solat sebab ‘diganggu’ adik atau haiwan peliharannya kucing?

Jangan salah faham, bukan tidak khusyuk tetapi ada pula gangguan luar yang cuba mengalihkan perhatian dan fokus kita.

Dalam satu video lucu di mana seorang kanak-kanak comel berusia 2 tahun sedang menganggu abang-abangnya ketika menunaikan solat sunat tarawih buat ramai yang geli hati melihat telatah dan gelagatnya. Video ini dikongsikan Furqunt di laman Twitternya.

“Dia shush balik tu memang buat aku hilang fokus”

Kata lelaki ini, adiknya yang berusia dua tahun itu meminta untuk membuka satu aplikasi melukis dalam phone ketika mereka sudah memulakan untuk menunaikan solat.

Rata-rata netizen geli hati dengan telatah si comel ini dan ada juga berkongsi pengalaman yang sama mereka pernah alami.

Sumber: Furqunt