Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Jika Tak Dibakar…”, Chef Bongkar Rahsia Kenapa Kuali Baru Kena ‘Bakar’ Dahulu & Ini Caranya

Gambar: richard_is_cooking

Pasti ramai diantara kita yang terlepas pandang akan perkara yang perlu dibuat sejurus selepas membeli kuali baharu.

Yang kita selalu buat, dah beli je kuali baru ni, cuci lepas tu pakai terus kan? Sebenarnya cara yang lebih baik adalah kena bakarnya terlebih dahulu.

Seorang chef ada berkongsikan berkenaan mengapa kena bakar dahulu kuali sebelum digunakan melalui akaun TikTok yang bernama richard_is_cooking.

Menurutnya seperti yang tertulis dalam kapsyen video tersebut, jika kuali itu tidak dibakar terlebih dahulu ianya akan senang berkarat dan masakan akan mudah melekat.

Justeru daripada itu, beliau juga turut berkongsikan tentang tips untuk membakar kuali tersebut dengan cara yang betul.

Berikut adalah cara-caranya:

Langkah 1: Asah keliling kuali dengan batu pengasah

Langkah 2: Basuh kuali guna sabun

Langkah 3: Lap kuali sehingga kering

Langkah 4: Bakar keliling kuali

Langkah 5: Basuh kuali sekali lagi guna sabun

Langkah 6: Lap kuali sehingga kering

Langkah 7: Panaskan kuali dengan minyak selama 5 minit

Langkah 8: Basuh kuali guna air

Langkah 9: Keringkan kuali

Sumber: richard_is_cooking