Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Kami Telah ‘Ditinggalkan’ Sendirian Untuk Mempertahankan Negara – Presiden Ukraine

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendakwa mereka telah ‘ditinggalkan sendirian’ untuk mempertahankan negara daripada serangan berskala penuh oleh tentera Russia sehingga mengorbankan ratusan nyawa rakyat Ukraine.

Menerusi satu rakaman video, Zelenskyy menyoal mengenai ‘bantuan’ daripada negara luar untuk menyekat kemaraan Russia ke atas bumi Ukraine.

”Kami telah ‘ditinggalkan’ sendirian untuk mempertahankan negara kami, siapa yang berani untuk bertempur bersama kami? Saya melihat tak ada sesiapa pun.

”Siapa yang bersedia memberikan Ukraine jaminan untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)? Semua orang takut,” kata Zelenskyy yang menyoalkan perkara tersebut kepada kepada 27 pemimpin Eropah.

Namun begitu, kata beliau, mereka tidak gentar akan serangan Russia dan akan terus mempertahankan Ukraine.

”Kami tidak takut akan apa pun, kamin tidak takut untuk mempertahankan negara kami, kami tidak takut kepada Russia, kami tidak takut untuk bercakap kepada Russia,” katanya.

Zelenskyy turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Rusia membunuh ratusan nyawa dan menjadikan bandar yang aman sebagai sasaran.

”Mereka membunuh orang ramai dan menjadikan bandar yang aman ini sebagai sasaran tentera. Ia sangat keji dan tidak akan pernah dimaafkan,” tegas Presiden itu.

Sumber: TRTworld, Independent.uk, CNN Indonesia