Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Kekal ‘Macho’ Walaupun Berusia, Model Veteran ‘Uncle’ Steve Yap Kongsi Tips Maintain Sihat

Memiliki tubuh badan yang sihat adalah impian setiap orang. Tidak kiralah sama ada kita muda ataupun tua, selagi mana kesihatan dijaga, selagi itulah semua orang berhak sihat tanpa mengenal usia.

Menyentuh tentang ‘sihat tidak kenal usia’, baru-baru ini model dan pelakon ‘otai’ tanah air, Steve Yap berkongsi tiga tips mudah bagaimana untuk kekal ‘maintain’ dalam menjaga kesihatan tubuh badan.

Dengan gaya rambutnya, suaranya, bentuk badannya, jika sekali pandang mungkin kita menyangka Steve masih muda lagi. Tapi tahukah anda, figura ini masih kelihatan sihat walaupun umurnya sudah pun menjangkau hampir 50 tahun.

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, Steve yang menggelarkan dirinya ‘Uncle’ ini berpesan bahawa kita perlu menjaga tiga perkara utama, iaitu tidak mengambil gula, kurangkan minuman soft drink dan kurangkan makanan berkarbohidrat.

Jelasnya, sekiranya dia mengambil minuman seperti teh atau kopi, dia akan memastikan kadar gulanya rendah atau lebih mudah disebut ‘kurang manis’. Namun jika mampu, sebaiknya jangan gunakan gula langsung.

Selain itu, minuman jenis soft drink juga harus ditinggalkan. Mungkin pada kita, sesetengah jenis air seperti sirap bandung itu sangat sedap. Tapi yang sebaiknya menurut Steve, kurangkanlah.

Kemudian, tips ketiga yang diamalkannya adalah mengurangkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi lemak dan roti canai. Memanglah kita yang ‘tekak Melayu’ ni suka memakannya, tapi perlu diingat bahawa kesihatan lebih penting.

Untuk penjelasan lanjut, jom ikuti perkongsian Uncle Steve di bawah ini.

Sumber: TikTok Steve Yap