Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Kena Merangkak Untuk Masuk, Tular Warung ‘Tersembunyi’ Disebalik Batu

Kredit: Tribunnews.com

Video seorang pemuda yang mengunjungi sebuah warung makan yang unik tular di media sosial baru-baru ini dengan jumlah tontonan sebanyak 3.3 juta kali. Video tersebut pertama kali disiarkan oleh akaun Tiktok @ridhex pada hari Rabu, 16 Ogos 2021 yang lalu beserta keterangan “Ada warung nyempil di bawah batu.”

Dalam video yang berdurasi selama 22 saat itu, kelihatan seorang pemuda sedang mengunjungi sebuah warung makan yang berada di bawah batu karang di tepi pantai. Saiz bongkahan batu karang di situ terlihat sangat besar dan pemuda tersebut perlu merangkak terlebih dahulu dan memasuki celah yang begitu sempit bagi membolehkannya sampai ke warung makan itu. Warung ini dikatakan berada di Pantai Sadeng, Gunungkidul, Yogyakarta.

Sama seperti warung-warung lain, terdapat beberapa makanan dan minuman yang dijual seperti teh, susu dan kopi, mi goreng, mi rebus dan pelbagai ikan segar. Turut disediakan tempat untuk para pelancong duduk bersantai. Walaupun berada di dalam batu karang, tetapi warung tersebut tetap disinari cahaya matahari.

Video yang dikongsikan itu telah mendapat lebih daripada 1000 komen. Terdapat segelintir daripada mereka yang mengaku takut untuk masuk ke dalam warung tersebut. Antaranya,

“Tak dapat bayangkan kalau runtuh.”

“Ini kalau tiba-tiba ada ombak besar tak tahu lah”

Menurut laporan Tribunnews.com, pemilik video yang bernama Adib Jannatan Ridho ini telah membenarkan kisah tersebut. Pada ketika itu, Adib sedang mengunjungi pantai bersama rakan-rakannya pada Hari Selasa 15/6/2021 yang lalu buat pertama kali.

“Sebenarnya saya baru pertama kali ke pantai itu dan warung itu ada jalan utamanya tanpa perlu merangkak. Semasa saya duduk bersantai, saya lihat ada lubang ke arah pantai. Kebetulan ada jalan lain, iaitu jalan sempit di sebalik batu karang,” ujar Adib.

Dia pun sengaja merakam video jalan sempit tersebut sebagai hiburan. Tambahnya, “Suasananya selesa kerana tak panas dan saat itu juga sedang sepi.”

Di sisi lain, Adib mengaku tidak menyangka video tersebut menjadi viral di media sosial. “Saya tidak menyangka kerana video yang saya ambil juga cuma untuk have fun saja. Tahu-tahu viral,” katanya.

Meskipun unik, Adib mengakui bahawa masih ada banyak sampah di dekat warung tersebut dan hal tersebut sangat menyayangkan. Dia pun berharap para pengunjung lainnya tidak membuang sampah secara sembarangan ketika mengunjungi pantai.

Sumber: Tribunnews.com