Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Kena ‘Usik’ Baru Bangun, Tular Gelagat Ular ‘Ingat Comel’ Ini ‘Berlakon’ Mati Buat Ramai Berdekah

Gambar: Ridhwan Rahim

Satu video yang memaparkan seekor ular yang pura-pura mati telah menjadi tular di media sosial.

Menurut pengguna Facebook Ridhwan Rahim yang memuat naik video tersebut, ular itu adalah ular rusuk kerbau.

Ular Rusuk Kerbau tersebut difahamkan telah ditangkap di rumah orang awam setelah APM Daerah Seberang Perai Tengah menerima laporan.

Ianya adalah antara spesis yang tidak berbisa namun agresif dan garang, akan tetapi ramai yang tidak tahu disisi sifatnya juga pandai berlakon.

Ianya berpura-pura mati seperti didalam video itu, adalah kerana untuk melepaskan dirinya.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat bahawa ular tersebut pada awalnya seakan tidak bernyawa.

Namun setelah ‘diusik’ beberapa kali, lidahnya terlebih dahulu dapat dilihat terkeluar seperti biasa dan mula bangun sebelum berpura-pura mati semula.

Video tersebut lantas tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat sebanyak 6 ribu perkongsian.

Sumber: Ridhwan Rahim