Kreatif dan inovatif, seorang suami mengubah suai mesin pembuat roti isterinya yang rosak menjadi mesin parut kelapa.
Dengan kos pemarut berharga RM14 dan besen 11 inci, mesin pembuat roti bertukar kepada wajah dan fungsi baru.
Berdasarkan perkongsian Shahril M. Sharip, kuasa dan putaran mesin itu adalah rendah, membuatkannya lebih selamat berbanding mesin parut kelapa yang biasa.
Mari ikuti perkongsian beliau mengenai caranya mengubahsuai mesin tersebut.
“Kuasa motornya rendah, daya kilas pun rendah InsyaAllah lebih selamat. Modal kepala mesin kelapa dalam RM 14. Lain-lain pakai je apa yang ada,” kongsinya dalam Kelab Kaki DIY.
Mesin buat doh yang asal

Proses pengubahsuaian

Beliau membina tapak mesin menggunakan besi sekerap.

Besi L boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.
Besen dicantum pada mesin

Besen boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

Kepala mesin kelapa boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.



Mudah dikendali dan dibersihan


Sumber: Shahril M. Sharip