Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Lampu Pejabat Bergoyang, Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.4 Skala Richter Gegar Laut Taiwan

BEIJING, 3 Jan (Bernama) – Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan laut berhampiran daerah Hualien, timur Taiwan pada 5.46 petang Isnin, menurut Pusat Jaringan Gempa Bumi China (CENC).

Pusat gempa, dengan kedalaman 15 kilometer, dipantau pada 24.00 darjah utara dan 122.39 darjah timur, lapor Xinhua memetik kenyataan CENC. Video yang dimuatnaik oleh Source Beijing menunjukkan lampu di sebuah pejabat bergoyang dengan sangat kuat ketika gempa berlaku.

Sumber: Bernama