Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Tular satu video di mana menunjukkan seorang lelaki mengalunkan azan macam dalam tv dengan suara yang sangat lunak merdu berserta gaya yang selamba di hadapan imam masjid di Cairo, Mesir.
Rakaman yang berdurasi hampir dua minit itu telah membuatkan ramai yang mendengarnya terpegun seperti mendengar azan di dalam TV.
Sharul Kamal ini merupakan seorang selebriti baharu tanah air. Beliau melaungkan azan macam dalam tv. SubhanaAllah.
Tadi aku ziarah makam Sultan Al-Muayyad (sebelah tu). Aku saja test azan sebab shooting dan kawasan ni memang tempat bilal dulu-dulu azan, sekali bilal masjid ni suruh aku azan sampai habis. Menggeletar weh.
Menurut Sharul Kamal semasa dihubungi, beliau sedang menjalani sebuah dokumentasi untuk rancangan televisyen tempatan di masjid tersebut dan tidak menyangka imam masjid tersebut berada disitu dan meminta untuknya sambung azan sehingga habis.
Beliau juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk mendoakan kejayaannya dalam bidang lakonan dan nyanyian di Malaysia.
Dalam pada masa itu, rata-rata netizen memuji kesedapan suara jejaka ini ketika melaungkan azan di salah sebuah masjid di Cairo, Mesir.




Sumber: Sharul kamal