Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kekurangan dari segi penglihatan tidak menjadi penghalang buat seorang lelaki kelainan upaya (OKU) untuk membaca Al-Quran bertulisan braille.
Dalam video dikongsikan Muslims Of The World di Instagram, kelihatan seorang lelaki berkulit putih melontarkan kalimah suci Al-Quran dengan lancar sekali.
Seiring gerak jarinya menyentuh lembaran Al-Quran bertulisan braille, lelaki itu melafazkan ayat suci daripada surah Ar-Rahman.
Bacaannya berjaya menjentik hati puluhan ribu warga maya yang kagum dengan usaha beliau mendekati Al-Quran walaupun mempunyai halangan tersendiri.


