Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Niat cuma ingin membantu, tapi malang pula yang menimpa seorang pejalan kaki apabila dihempuk dengan helmet oleh seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan kecil di sebuah jalan yang agak sibuk.
Dalam kejadian berkenaan, dua orang penunggang motosikal telah terjatuh setelah terlanggar pintu sebuah kereta yang dibuka secara tiba-tiba.
Lantaran itu, seorang saksi yang melalui kawasan itu dilihat cuba menghulurkan pertolongan kepada pembonceng motosikal tersebut, namun secara tiba-tiba kepalanya dihempuk helmet oleh penunggang motosikal berkenaan.
Saksi lain yang berada di lokasi itu bertindak memarahi penunggang tersebut di samping cuba menenangkan mangsa yang kelihatan tidak berpuas hati.
Walaubagaimanapun, lokasi dan tarikh kejadian tidak dapat dikenalpasti.
Video berdurasi 27 saat yang dikongsikan di laman Update & Info itu telah menggamit pelbagai reaksi daripada netizen.





Jom tonton video di bawah.
Sumber: Update & Info (Biskut Beras)