Banyak perkara di dunia ini yang kita tak pernah ketahui dan tak pernah terfikir pun nak buat.
Sebab apa? Sebab bagi kita perkara-perkara tu tak penting dan tak bagi apa-apa manfaat pun dekat diri kita.
Tapi kadang-kadang tu, ada juga benda yang kita rasa tak bagi manfaat, sebenarnya dapat memberikan kita ilmu pengetahuan tanpa diduga.
Seperti satu video yang tular di Twitter ini. Pernahkah anda terfikir nak tahu macam mana keadaan telur kalau dipecahkan di dalam air?
Pasti ramai tak tahu dan nak tahu apa yang akan jadi pada telur tu kan?
Seperti yang dapat dilihat dalam video itu, seorang lelaki yang lengkap dengan peralatan skuba telah masuk ke dalam air bersama dengan sebiji telur untuk melakukan eksperimen tersebut.
Dia pun memecahkan telur itu. Selepas ianya dipecahkan, telur tersebut kekal di dalam bentuk asalnya dan tidak berpecah seperti kebiasaannya.
Untuk mengujinya lagi, lelaki tersebut telah cuba mengacau telur itu untuk melihat sama ada bentuknya akan pecah atau pun tidak.
Ternyata selepas dikacau dan digerak-gerakkan, telur itu masih lagi kekal berada pada bentuknya yang asal.
Mengagumkan bukan?
Video tersebut pun telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 15 ribu kali.